|
PEMBELIAN TANAH DAN MEMBINA KOMPLEKS BANGUNAN TAMBAHAN |

Pihak Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah Kupang (SMADI),telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah untuk mendapatkan (membeli) secara wakaf sebidang tanah yang lokasinya bersebelahan dengan premis sekolah sedia ada. Seterusnya akan memulakan usaha membina prasarana-prasarana tambahan sebagai menampung keperluan persekolahan di Sek. Men. Agama Diniah Islamiah Kupang.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Adalah dibawa ke pengetahuan YAB/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan bahawa pihak Lembaga Tadbir sedang giat menjalankan usaha mendapatkan dana untuk tujuan berikut :
1. membeli sebidang tanah seluas 1.2 ekar untuk tujuan perluasan kawasan Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah Kupang.
2. membina kompleks bangunan tambahan sekolah berkenaan di atas tanah yang tersebut.
Maka adalah menjadi harapan pihak kami supaya usaha dan niat murni ini dapat dilaksanakan melalui sumbangan kewangan ikhlas dari YAB/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan secara perseorangan ataupun melalui mana-mana institusi kewangan di negara ini.
Sebarang bentuk sumbangan atau bantuan hendaklah melalui Akaun Bank Islam : 02048010019899
Segala bentuk sumbangan dan juga kerjasama dari YAB/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga amal jariah ini sentiasa mendapat limpah rahmat dari Allah S.W.T. |
|
|