PEMBELIAN TANAH DAN MEMBINA KOMPLEKS BANGUNAN TAMBAHAN
Indeks Artikel
PEMBELIAN TANAH DAN MEMBINA KOMPLEKS BANGUNAN TAMBAHAN
PEMBELIAN SECARA WAKAF
Semua Halaman


Pihak Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah Kupang (SMADI),telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah untuk mendapatkan (membeli) secara wakaf sebidang tanah yang lokasinya bersebelahan dengan premis  sekolah sedia ada. Seterusnya akan memulakan usaha membina prasarana-prasarana tambahan sebagai menampung keperluan persekolahan di Sek. Men. Agama Diniah Islamiah Kupang.

 

Antara perkara-perkara  yang dirancang pembinaannya termasuklah blok-blok bangunan asrama, surau, bilik-bilik darjah dan juga beberapa kemudahan riadah dan rekriasi seperti gelanggang bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan sebagainya lagi.

Oleh kerana sekolah ini bukannya sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan, maka apa sahaja aspek pembangunan, kerja baikpulih dan uruseliaan premis-premisnya adalah atas daya usaha sendiri melalui bantuan daripada orang ramai sama ada badan-badan tertentu ataupun orang-orang perseorangan yang berhajat untuk mengimpakkan harta dan wang ringgit mereka ke jalan Allah.