| Sekilas Pandang |
|
|
|
| Ditulis oleh Pentadbir | Ditulis Pada Sabtu, 15 Ogos 2009 21:22 |
|
PENGENALAN SMA Diniah Islamiah telah ditubuhkan pada tahun 1964 hasil usaha gigih beberapa orang tokoh ilmuan tempatan. Penubuhan sekolah ini bertujuan menyemarakkan lagi pendidikan berasaskan pengajian Islam di kalangan masyarakat setempat. Usaha-usaha membangun sekolah bermula dengan membentuk Ahlijawatankuasa pembangunan, mencari dana, tenaga pengajar dan murid. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan sepanjang pengurusa, dengan berkat kesabaran dan kesungguhan masalah tersebut sedikit sebanyak dapat diatasi. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pihak pentadbiran ialah masalah kewangan dan masalah guru yang sering bertukar ganti. Apa yang pasti masalah tersebut bukanlah penghalang dan kini usia SMA Diniah Islamiah sudah mencecah 45 tahun. SEJARAH PENUBUHAN & PENGASAS SMA Diniah Islamiah atau nama Arabnya Al-Madrasah Ad Diniah Al Islamiah telah didaftarkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kedah pada 3 Mac 1970 (No. Pendaftaran 3/70). Oleh yang demikian selain mendapat nasihat serta bimbingan daripada Jabatan Agama Islam, beberapa bentuk sumbangan dan bantuan kewangan juga turut disalurkan kepada pihak sekolah. Menurut fakta sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada tahun 1964. Al marhum Ustaz Yahya bin Hj Isa merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah ini. Dengan kerjasama penduduk setempat, sebuah bangunan didirikan untuk dijadikan tempat pengajian atau sekolah yang bertempat di kampong Bukit Terabak, Kupang. Bermula proses pendidikan dari masa ke semasa sehingga tahun 1979. Tempoh 15 tahun telah memberikan keyakinan di kalangan AJK Lembaga Tadbir sekolah termasuk guru-gurunya untuk mengorak langkah ke hadapan. Setelah mendapat nasihat serta pandangan daripada semua pihak akhirnya sekolah berpindah ke penempatan baru iaitu Pekan Kupang. Di pertempatan baru, beberapa bangunan telah didirikan. Walau bagaimanapun, sehingga kini kemudahan infrastruktur masih kurang mencukupi kerana kekurangan dana. MISI Menjana modal insan kearah memartabatkan pendidikan agama berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. VISI Melahirkan generasi Berilmu, Berakal, Berakhlak dan Bertaqwa kepada Allah SWT. |












